First of all aku nk ucapkan selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia.So,aku harap korang semua dapatlah menghayati erti Aidiladha dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian supaya kita menjadi manusia yang lebih baik.InsyaAllah..
Untuk post kali ini aku nak cerita serba sedikit mengenai tahun terakhir aku kat Jepun.Kalau universiti kat Malaysia,budak-budak sume sibuk wat praktikal tapi kat sini,aku sibuk wat lab work dan research mengenai benda-benda baru.Negara maju la katakan.Banyak benda yang diorang nak kaji supaya teknologi dapat berkembang dan mengekalkan status Jepun sebagai negara paling pesat perkembangan teknologinye.
Masa pilih lab mana nak masuk,aku kena lawan dengan budak-budak jepun lain dalam permainan gunting batu air.Memang pelik la cara nak pilih lab kat sini sebab lab popular banyak budak nak masuk dan cara paling efisyen kat sini ialah dengan berlawan permainan gunting batu air.Sebab aku dah berlatih sebelum masa pilih lab,aku menang lawan dengan budak-budak Jepun yang lain dan dapat pilih lab yang aku nak.
Bile masuk lab,pensyarah kasi aku tajuk research yang paling aku tak suke sebab tajuk yang aku dapat ni ade kaitan dengan kimia.Aku dari sekolah dulu memang tak minat kimia.Tajuk yang aku dapat ialah "The Research Regarding Ion Migration Tolerance of Various Surface Plated Electrodes".Aku malas nak terjemahkan dalam Bahasa Malaysia.Korang pandai-pandai la terjemahkan sendiri.Bile aku dapat tajuk ni jer aku terus down tapi sebab terpaksa aku kene la bencinta(benci tapi pura-pura cinta) dengan tugasan ni.
Kat atas ni adalah mesin yang aku gune nak wat bermacam-macam jenis elektrod.Antara program yang kene aku gune ialah Board Master,AutoCad,LabView dan banyak lagi la sampai otak aku jadi pening nak belajar sume program-program tu.Pastu kene gune mikroskop sebab nak tengok pengaliran ion kat elektrod.Gune mikroskop ni boleh membuatkan mata aku jadi penat dan rase nak tido jer mase wat eksperimen.
Lab work ni memang sibuk la.Selalu gak la aku balik lambat sebab buat eksperimen dan nak siapkan dalam masa yang ditetapkan.Tapi kadang-kadang ade dak mase aku tak pegi lab ataupun datang lambat.Nasib baik pensyarah aku baik dan die selalu tolong aku tentang research aku.Thumbs up for my lecturer.InsyaAllah bulan Mac 2011 ni aku akan graduate dan buat masa ni aku akan cuba sebaik mungkin menyiapkan research aku.
Aku rase cara kat Jepun ni lebih efisyen daripada cara kat Malaysia.Kat Malaysia budak-budak wat praktikal.Bagi aku praktikal ni macam belajar bende yang dah sedia ade.Nanti bile dah keje pun gune bende yang same jugak.So tak berkembangla pengetahuan.Nanti masa wat research kat syarikat baru la terhegeh-hegeh.Kat Jepun pulak buat research pasal benda-benda baru. So dari awal lagi diorang dah belajar bende-bende baru dan bole kembangkan research diorang bile sambung ke tahap Master atau bile dah keje nanti.Kalo ade 100 pelajar dalam satu universiti,dah 100 bende baru yang diorang akan dapat. Kalo 100 universiti?Korang kire la sendri.Sebab tulah Jepun punyer teknologi cepat berkembang.Lastly,aku harap la sistem universiti kat Malaysia dapat mengikut sistem universiti kat Jepun supaya Malaysia dapat berubah status daripada negara membangun kepada negara maju setanding dengan Singapura dan Jepun.
quote of the post:life always knocks you down.it is your choice whether to get up or stay down