Sebelum tido, aku rase nak tulis satu post kat blog aku ni.Kalau dikire sampai hari ni,aku dah 23 tahun bernafas kat atas muke bumi ni...Syukur,dengan izin tuhan umur aku panjang dan semoga dipanjangkan lagi umur aku.Bila aku ingat kembali,sejak dari hari aku dilahirkan ke dunia ni,aku beruntung kerana telah dikurnikan dengan salah satu nikmat yang paling besar iaitu aku dilahirkan beragama dan agama itu ialah Islam.Bukan aku nak kate yang mereka lahir dalam agama lain tak beruntung,mereka pun beruntung juga.Kenapa aku cakap camtu?Mereka yang lahir beragama sekurang-kurangnye ade pegangan dan arah tuju dalam hidup mereka berbanding mereka yang tak beragama atau lebih dikenali sebagai golongan atheis.Semooga mereka yang tidak seagama dengan aku akan diberikan hidayah dan dibukakan hati untuk menerima kebenaran..InsyaAllah
Tapi bila aku tengok sekeliling,aku nampak mereka yang lahir dalam Islam terutamanya bangsa aku sendiri seolah-olah bukan beragama Islam.Aku bukannye alim sangat pun nak kritik orang lain,tapi cume nak suarakan ape yang aku rase jer.Kite manusia biasa memang tak terlepas dari buat dosa la.Tapi kadang-kadang aku ada la terpikir gak tentang salah silap dan dosa-dosa yang pernah aku buat .Bila time tu,rase nak menangis dibuatnye sebab takut masuk neraka.Tapi tuhan tu maha pengasih dan pintu taubat sentiasa terbuka.
Berbalik citer pasal bangsa aku ni,aku tengok diorang cam dah rosak dan lupe yang mereka beragama Islam.Yang lelaki suke main nombor ekor,hisap dadah,main pompuan.Yang pompuan pulak pakai baju terdedah sana-sini,relakan diri kene tebuk ngan lelaki.Diorang cam tak malu wat dosa terang-terangan dan rase bangga dengan ape yang dah mereka wat.Kalo cari kat internet,banyak jer gambar ataupun video diorang minum arak,wat seks luar nikah dan banyak lagi. Diorang ni tak takut ke dengan azab tuhan nanti.Hidup memang la kene seronok tapi seronok pun ade batasnye.Nabi Muhammad S.A.W.pernah bersabda yang sebaik-baik umat adalah umat baginda.Tapi tengok keadaan sekarang,umat akhir zaman ni teruk-teruk belaka.
Diorang dah lupe dengan nikmat mereka sebagai orang Islam.Sepatutnye diorang ni jadi contoh yang baik supaya orang bukan Islam akan hormat dan tertarik untuk masuk Islam.Tapi kalo cmni la gayanye,memang takde harapan la.Kalo tengok kat youtube pasal orang bukan Islam yang dah peluk Islam,aku rase kagum dan malu ngan diorang.Aku rase yang diorang ni lebih Islam dari segala aspek berbanding dengan orang yang dah memang Islam.Kat last post ni aku ade kasi link pasal citer sorang kristian yang dah peluk Islam.Kalo korang sedar sape diri korang,pasti korang akan terpikir la adakah korang ni orang Islam yang sebenar ataupun hanya pada nama aje.
Aku pun dah mula mengantuk dan tak larat nak tulis panjang-panjang lagi.Aku tulis post ni pun sebab nak ingatkan diri aku sendiri dan korang yang bace blog aku.Sharing is caring,right?Sebagai manusia,kadang-kadang kite ni terlupe.So,aku harap korang dapat muhasabah diri lepas bace post aku ni.Yang baik datang dari tuhan dan yang buruk datang dari manusia.
the link to the video---->
Part 1
Part 2
quote of the post: too much of a good thing is a bad thing
No comments:
Post a Comment